BY : Anis Suziana Ahmad
Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan
atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel
telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu
tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang
menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.
Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada
pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin
berlaku , tetapi jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina,
tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.
PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN WANITA
ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain cntohnya di
luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim,
usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding
rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).
Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika
haid, ia akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui
faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor
yang boleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.
Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang
boleh membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan
keguguran.
KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita.
Sperma akan berenang ke ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.
Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat jangkitan
kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.
HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita.
Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai
kitaran haid yang tidak normal.
Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling
biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
FIBROID
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila
ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti,
menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan
sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola
tapi ia bukan sejenis kanser
SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system
reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi
kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan
budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit
keturunan.
Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku
atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras
hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut
menjadi punca.
Antara tanda-tanda PCOS ialah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea)
dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan
(hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit
menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male
baldness).
LELAKI
KEKURANGAN SPERMA
Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi
bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani.
Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca
kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan
kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah
benguk (mumps).
Selain itu, saluran air mani yang mengalir daripada kilang testis boleh
rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada
pengeluaran air mani.
CARA MENGATASI
Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi
–nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi
yang diperlukan tubuh.
Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan
perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan
seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.
Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang
diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan
sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan
bertenaga.
Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah
kesuburan.
Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.
No comments:
Post a Comment