Monday, March 2, 2015

Tentang Saya



Siapa sangka dari hanya sebagai pengguna biasa supplement selama hampir 2 thn.. kini baru terbuka hati ct nak jadi pengedar sah shaklee..

Apa yg membuat ct rs teruja dan terus mula mengambil langkah sebagai SID.. beginila fasa perubahan hidup yang berlaku.. perjalanan hidup sebagaimana yg tlh ditetapkn olehNYA..

Ct adalah seorang surirumah setelah mengambil keputusan berhenti kerja sebagai Acc Asst di sebuah syarikat di Sri Manjung, Perak. Mempunyai 2 orang cahayamata lelaki sememangnye adalah cabaran bila terpaksa keluar bekerja seawal 7.00 pagi dan pulang lewat senja 7.00 malam tambahan perjalanan ke tempat kerja mengambil masa 1 jam memandu. Sekitar 2008 ct dan suami mengambil kata sepakat untuk berhenti kerja dan menumpukan seluruh perhatian pd keluarga & anak-anak.

Pejam celik pejam celik.. si kecik dah menjangkau 5 tahun dan impian ct untuk memiliki zuriat sekurang-kurangnya 5 orang cahayamata di ketika menjadi suri dan ibu sepenuh masa pd keluarga bagaikn tak kesampaian. Kesihatan pula kurang memberansangkan bila ct mengalami senggugut tiap kali period.

Episod bermula
bila ct mula google treatment bagi sakit senggugut dan period yang tak menentu.  Dek kerana tidak celik vitamin dan supplement tambahan rawatan yg ct pilih ialah terus rujuk kepada klinik pakar wanita dan sakit puan pd Julai 2011. Ct juga telah buat laporoscopy (tebuk perut & masukkan camera) serta rawatan kesuburan sehingga tahun 2012. Laporan mengesahkan ct ada endometriosis tahap 2 iaitu darah melekat-lekat pd dinding rahim. Juga menjadi penyebab sukar untuk hamil.  Pada masa ini ct jg telah merasa simptom menapous di mana rawatan kesuburan dibuat (sejurus selepas laporoscopy dilakukan) bagi menghentikan period selama 6 bulan.

Takdir Allah.. rawatan selama 1 tahun lebih membuahkan hasil.. berkat usaha dan doa tanpa putus jg dari insan2 yg menyayangi diri ini.. awal Jan 2013 ct disahkan mengandung. Namun mengalami keguguran pada bulan ke 3 kehamilan. Selang 4 bulan berikutnya sekali lagi ct disahkan hamil. Juga sekali lagi ct mengalami keguguran pada bulan ke 3 kehamilan. Kedua-dua keguguran dicuci (D&C). Allah sahaja yg tahu perasaan ini. Di setiap berita gembira berakhir dgn sedih yg tak terucap.. tetapi Allah lebih mengetahui segalanya.. & ct redha dgn setiap ketentuan tuhan.

Pengalaman gugur 2 kali mengajar ct untuk menjaga diri terlebih dahulu sebelum mengandung. Asbab ini menemukan ct dengan shaklee melalui kawan pejabat lama yg kerap mempromosikan produk shaklee melalui FB.

Kini ct dah jatuh cinta dgn shaklee selepas lebih setahun sebagai pengguna. Banyak perubahan dan perkara2 positif berlaku dalam hidup.. dan ct akan ceritakan dalam  blog ini. Kepada yg ingin menjana pendapatan sampingan sambil mendapat manfaat kebaikan supplemen tambahan.. jom sertai ct sebagai ahli. Ahli berdaftar akan dibimbing dalam Secret Group shaklee kami. Bukan sekadar side income 3 digit.. 4 dan 5 digit juga telah dicapai oleh mereka2 yg sangat committed dan bersungguh bersama shaklee. Memang berbaloi.. Hubungi ct dan sertai ct sekarang..!!

- Siti N -

 

2 comments:

Hartini . Badri said...

Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan bersalin :)

Siti N Sh Abdullah said...

Aamiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...