Sunday, April 16, 2017

Ubat Tahan Sakit, Pengambilan Tanpa Kawalan Antara Punca Organ Buah Pinggang Dan Hati Rosak

Bukan sesuatu yang asing, bila sakit kepala datang kita cepat-cepat amik pcm atau ponstan telan.  Sakit period atau senggugut datang telan pcm telan ponstan, sakit-sakit badan letih lenguh telan pcm telan ponstan. Migrain menyinggah pun amik pcm atau ponstan. Hatta bila gout menyerang, sakit-sakit sendi atau apa-apa sakit sebelum dapatkan rawatan dan berjumpa doktor ntah berapa biji pcm dan ponstan kita dah telan, semata-mata untuk melegakan kesakitan. Tambahan ubat tahan sakit ni memang mudah dan murah je nak beli di farmasi-farmasi. Tapi AWAS! Pengambilan ubat tahan sakit tanpa kawalan dan preskripsi doktor boleh menjadi punca kerosakkan organ buah pinggang, hati dan pelbagai masalah kesihatan yang lain, sebagaimana cerita berikut 😔😔😔😔. 


MUSTAFA (bukan nama sebenar),23 tahun, tidak tahu kenapa kemaluannya berdenyut-denyut dan bengkak. Seingatnya, dia tidak terlanggar apa-apa dalam masa terdekat hingga menyebabkan 'anunya' luka dan bengkak.

Kadang-kadang bahagian itu dirasakan sangat sakit hingga membuatkannya hanya mampu terbaring. Namun adakala sebaliknya. Hendak berjumpa doktor, dia malu kerana kesakitan yang dialami bukan di tangan, di kaki ataupon di kepala tetapi di 'situ'.

Disebabkan kesakitan itu hampir setiap hari, Mustafa mengambil keputusan mengambil pil penahan sakit sahaja. Ternyata cara itu berjaya menghilangkan rasa perit berdenyut-denyut yang dialami. Cuma badannya agak letih dan penat. Ia menyebabkannya jarang kluar rumah.

Akibat kesakitan itu juga berat badan Mustafa yang mencecah 120kg semakin susut hari demi hari. Bukan ibu bapanya tidak menyuruhnya berjumpa doktor, tapi sudah berbuih mulut menasihatinya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun, ibarat mencurah air ke daun keladi, Mustafa tetap berkeras untuk bergantung pada pil penahan sakit.

Sehinggalah kemuncak kesakitan itu, tubuh Mustafa mulai berubah menjadi kuning. Dari kaki hingga ke mata, warna kekuningan jelas kelihatan menambahkn lagi kebimbangan dalam kalangan keluarga. Apa sahaja dimakan tidak diterima badan.

Semua dimuntahkan hingga menyebabkan tubuhnya lembik dan tidak bermaya.

Akhirnya, Mustafa terpaksa ke hospital. Di sana doktor mengesahkn hati Mustafa sudah rosak akibat kebergantungan kepada pil penahan sakit. Sejak itu, dia tidak lagi dapat mencium bau bilik tidurnya.

Dalam pada itu, doktor turut mengesahkan Mustafa menderita kanser prostat tahap empat. Kanser yang paling ditakuti kaum Adam. Lebih menakutkan, kanser yang dihidapinya sudah merebak ke buah pinggang dan paru-paru.

Doktor turut mempersoalkan mengapa Mustafa lambat ke hospital hingga sanggup menukar rawatan sesuai kepada pengambilan pil penahan sakit. Sedangkan pil itu mampu merosakkan buah pinggang dan hati jika diambil secara berterusan dalam tempoh yang lama. Itulah sebabnya, tubuh Mustafa bewarna kekuningan.

Semasa kemoterapi pertama dilakukan, Mustafa masih boleh bergelak ketawa bersama kenalan dan ahli keluarga yang datang melawat. Namun apabila masuk sesi kemo yg ke dua, buah pinggang Mustafa mula menunjukkan tanda-tanda lambat berfungsi.

Kuantiti air kencing  dalam beg urin juga sedikit dan sangat2 kuning. Akibatnya, paru-paru Mustafa dipenuhi air sehingga menyukarkan pernafasan. Beberapa kali juga Mustafa koma sebelum kembali pulih selepas bbrapa jam.

Dalam keadaan fungsi tubuh yang kian gagal bekerjasama, Mustafa menderita pula masalah tekanan sarah tinggi dan kencing manis ketika di hospital. Namun ketika itu tiada apa lagi yg boleh dilakukan pihak hospital, melainkan membenarkan segala kemanhuan Mustafa dituruti termasuk dalam soal pemakanan.


Hari demi hari, Mustafa semakin tenat sehinggalah 4 hari selepas menyambut hari jadinya di hospital, dia akhirnya pergi menghadap Ilahi selepas 6 bulan menderita kanser prostat.
iSIHAT Oktober 2016

Kisah berikut adalah kisah benar yang boleh dijadikan teladan untuk kita yang masih hidup. Demi menjaga sensitiviti keluarga, nama samaran 'Mustafa' digunakan dalam cerita ini di mana di masa hayatnya beliau tidak sihat dan hanya bergantung kepada pil tahan sakit berpanjangan bagi meredakan kesakitan yang dialaminya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

PENGGUNAAN UBAT TAHAN SAKIT 

Ramai yang mengambil pil tahan sakit untuk menahan pelbagai kesakitan yang dihadapi hari-hari. Ini termasuklah kesakitan dari yang ringan seperti demam, sakit kepala, migrain, period pain, sakit badan, tulang-tulang, sendi arthritis hinggalah kesakitan kronik seperti pembedahan, kanser dan pelbagai lagi. Mankala ubat tahan sakit pula terdiri dari pelbagai bentuk ubat tahan sakit seperti cecair, tablet, kapsul, suntikan, krim, gel, tampalan dan pelbagai.

Ubat tahan sakit tahan sakit adalah alternatif paling mudah untuk  mengurangkan atau menghentikan kesakitan. Akan tetapi ia tidak dapat merawat punca kesakitan sebenar.


KENALI JENIS-JENIS UBAT TAHAN SAKIT


Ubat tahan sakit pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu

UBAT DARI KELUARGA DADAH

- iaitu seperti morphine untuk menghalang isyarat sakit dari dikesan oleh otak seperti kecederaan serious, kes pembedahan dan penyakit kanser.

UBAT BUKAN DARI KELUARGA DADAH (anti radang)

- iaitu pil tahan sakit yang paling ringan untuk merawat kesakitan yang paling ringan, seperti paracetamol, aspirin, ibuprofen, naproxen, diclofenac dsbnya dan mengurangkan keradangan seperti ponstan (mefenamic asid)


KESAN SAMPINGAN UBAT TAHAN SAKIT


Ubat tahan sakit boleh juga mendatangkan kesan sampingan sekiranya diambil berpanjangan tanpa preskripsi perubatan - Sue Swen Siow

1. Kesan ubat tahan sakit jenis dadah@opioid boleh mendatangkan kesan ketagihan kepada pengamal.
2. Kegagalan fungsi hati juga boleh berlaku dengan pantas walaupon dengan hanya mengambil paracetamol secara berterusan pada jumlah dos yang melebihi sepatutnya atau overdose.
3.  Sesetengah pil tahan sakit boleh memberi tindak balas kimia sekiranya diambil bersama-sama ubat lain.
4. Selain itu, terdapat pil tahan sakit yang tidak boleh diambil oleh individu yang alah pada ubat tertentu kerana boleh mendatangkan masalah lain. Begitu juga sesetengah pil tahan sakit boleh menyebabkan seseorang itu diserang asthma.
5. Bagi pesakit yang mempunyai masalah dengan penyakit hati mahupun buah pingggang yang tidak berfungsi dengan sempurna perlu berhati-hati semasa mengambil pil penahan sakit. Ini kerana dos yang berlebihan boleh memudaratkan organ-organ tersebut.
6. Sesetengah ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan diclofenac, sekiranya diambil di atas perut yang kosong boleh menyebabkan kecederaan pada perut (gastritis) sehingga membawa kepada ulser.


ALTERNATIF UBAT TAHAN SAKIT YANG SELAMAT UNTUK JANGKA PANJANG


Bagi kesakitan yang sering kita alami seperti sakit kepala,migrain, period pain, demam dan sakit-sakit ringan, alternatif ubat tahan sakit yang selamat selain ubat-ubatan sintetik bolehlah mengambil vitamin semulajadi lagi berkesan yang terdiri daripada

1. BComplex Shaklee
2. Ostematrix

B COMPLEX SHAKLEE


Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.

Antaranya;
  • Vitamin B2 (Riboflavin) & Vitamin B6 (Pyridoxine) dalam B Complex dapat mengurangkan rasa sakit
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Meningkatkan konsentrasi.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress, depressi & kemurungan.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia. 

OSTEMATRIX  

  • Mengurangkan stress, di mana OsteMatrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala.
  • Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, ia akan meringankan sakit semasa waktu haid dan membantu pembuangan air kecil.
  • Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan OsteMatrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kejang, sakit sendi dan juga artristis.
  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf.
  • Ia juga boleh membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah.
  • Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik.
  • Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah.

Namun demikian, apabila kesakitan berpanjangan melebihi 3 bulan maka ia dikelaskan sebagai kesakitan kronik. Ia mungkin terhasil dari kesan penyakit yang kronik (cth; arthritis/sakit sendi atau barah). Namun adakalanya penyebab kesakitan tersebut tidak dapat dikenalpasti. Selalunya kesakitan jenis kronik ini berpunca dari kemalangan, kecederaan, jangkitan kuman atau pembedahan yang merosakkan saraf.

Dapatkan rawatan lanjut dari hospital-hospital atau klinik-klinik berhampiran apabila mengalami kesakitan melebihi 3 hari.

Selain dari mendapatkan rawatan ketika sakit, kita sebenarnya boleh sahaja atau digalakkan untuk meningkatkan imuniti dan kesihatan badan sebelum sakit. Kadang-kadang simptom kesakitan memang tidak nampak secara zahir oleh tubuh badan kita, tapi tanda-tanda seperti keletihan hampir setiap hari, stress, sembelit dan  mudah jatuh sakit seperti demam selesema menunjukkan petanda awal badan memerlukan nutrisi yang baik untuk menjalankan mekanisma imuniti tubuh. Baca SINI Nutrisi Bagi Meningkatkan Daya Ketahanan Badan Dari Mudah Diserang Penyakit.

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.

Sekiranya ingin dapatkan konsultasi eksklusif dan percuma dari saya, bolehlah hubungi saya di,

FB : Siti N Sheikh Abdullah
FB Page : CelikSihat Page 
Blog : CelikSihat 
Instagram : kakct_shaklee
Email : sitinurra77@gmail.com
HP : 019-514 6495
WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar

Inshaallah saya sedia membantu anda!

Pengedar Shaklee Perak 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Batu Gajah
Pengedar Shaklee Tronoh 
Pengedar Shaklee Seri Iskandar
Pengedar Shaklee UTP
Pengedar Shaklee UiTM Seri  Iskandar 
Pengedar Shaklee Bandar U 
Pengedar Shaklee Bota

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...